kisah kehidupan

keluarga bahagia itulah impianku

SLIP GAJI SECARA ON-LINE




Home »  ,  ,  ,  ,  ,  ,  » e-Penyata Gaji | Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Pendapatan Tahunan / EC


e-Penyata Gaji | Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Pendapatan Tahunan / EC


Makluman untuk semua penjawat /kakitangan awam, kerajaan, mulai Oktober  2010 ini anda semua tidak akan lagi menerima slip gaji ataupun penyata gaji. Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan perlu diakses dan dicetak sendiri dari laman web ANM oleh semua penjawat awam.


Ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010 ; Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji  dan eLaporan. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan dan panduan menggunakan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan.

Mengikut amalan sekarang, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan Penjawat Awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayar Gaji manakala laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji dan Pusat Tanggungjawab. Tetapi, selepas ini, semua urusan perlu dilakukan melalui Sistem e-Penyata yang telah dibangunkan selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan (strategi ke-4 Bajet 2011).





images










inilah rupa slip gaji yang asal



Cara Mendapatkan Penyata Gaji Bulanan secara Online:
1. Pergi ke laman web Akauntan Negara Malaysia dan klik akses sistem

2. Paparan berikut akan dikeluarkan. LOGIN dengan menggunakan No.KP dan Kata Laluan yang telah dipilih untuk terus masuk ke dalam Sistem e-Penyata Gaji.

3. Bagi yang pertama kali menggunakan sistem, klik Pertama Kali Mendaftar. Skrin berikut akan terpapar. Penuhkan ruangan yang diperlukan. Bila dah lengkap, Klik OK


[form1[18].jpg]

4. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem untuk memaparkan penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan anda.

gaji2

Jadi, penyata gaji ataupun slip gaji bulanan yang akan didapati selepas ini ialah berupa lebih terang dan akan dapat diakses sehari sebelum pembayaran gaji bagi setiap bulan. Tapi yang tak bestnya, kena cetak sendiri, dah takde sesi mengoyak sisi slip gaji ler lepas ni.

penyatagaji



Jangan lupa untuk muat turun PEKELILING Bil 3/2010 untuk membaca senarai tanggungjawab pengguna individu iaitu Penjawat Awam, Pusat Pembayar Gaji, dan Pusat Tanggung Jawab (PTJ).


Nasihat daku, simpan kata laluan anda baik-baik dan jangan dedahkan kepada orang lain agar tiada orang menyalahgunakan slip gaji anda. Sekarang ni macam-maca kes tau!

 Bagus juga kerajaan memperkenalkan penyata gaji secara online banyak perbelanjaan dijimatkan. Bayangkan banyak belanja nak dikeluarkan dari mula penyata dicetak dan sampai pengedaran. Selamat bumi.